1. Semakan pesanan
Customer bertanggungjawab menyemak outlet, kuantiti, perisa, nombor telefon, alamat dan pin lokasi sebelum menekan bayar.
2. Caj Transaksi Billplz β RM1.50
Caj tetap RM1.50 dikenakan bagi setiap order untuk pemprosesan bayaran online melalui Billplz. Caj ini berasingan daripada harga produk dan dipaparkan sebelum bayaran.
3. Caj Penghantaran Lalamove
Caj customer dikira daripada quotation Lalamove berdasarkan outlet pickup, jarak dan pin lokasi, kemudian dibulatkan mengikut struktur sistem. Quotation sah untuk tempoh terhad. Jika alamat, pin, masa atau outlet berubah, caj perlu dikira semula.
4. Jumlah dipersetujui
Jumlah akhir yang dipaparkan sebelum butang bayar merangkumi produk, Caj Transaksi Billplz dan Caj Penghantaran Lalamove, selepas menolak kod promosi yang sah. Jumlah yang sama akan dihantar ke Billplz.
5. Proses penghantaran
Lalamove hanya ditempah selepas bayaran disahkan dan outlet menerima order. Masa rider bergantung pada ketersediaan, trafik, cuaca dan keadaan operasi Lalamove.
6. Pembatalan, refund dan isu order
Permohonan pembatalan atau refund akan disemak mengikut status order. Caj yang telah diproses atau digunakan oleh penyedia pembayaran/penghantaran mungkin tidak boleh dipulangkan. Hubungi outlet segera jika item salah, rosak atau tidak lengkap.
7. Penggunaan maklumat
Maklumat customer digunakan untuk memproses order, bayaran dan penghantaran, serta dikongsi hanya dengan outlet, Billplz dan Lalamove setakat yang diperlukan.